Sunday, December 16, 2018

PENGUCAPAN PANTUN JENAKA DAN PERMAINAN



Gunung Senyum menyimpan rahsia,
Rahsia nama yang diberi emak,
Haruan tersenyum melihat manusia,
Angkara sama memakan anak.

Anak lokan berenang ke barat,
Anak sami terkena lastik,
Semua ikan naik ke darat,
Sungai penuh karung plastic.

Gelang emas gelang suasa,
Dibeli nenek buat cucu,
Siapa terkena dia terasa,
Lalu ketawa seolah lucu.


Pisau wali buat peraut,
Camca jatuh patah berdengung,
Gila latah ikan dilaut,
Melihat umpan dikaki gunung,

Pasang pelita di malam gelita,
Waktu subuh budak menjerit,
Kalau si buta memimpin si buta,
Kedua-duanya jatuh dalam parit.

Ada untungnya pergi menuaim,
Dapat padi hidup pun senang,
Ada untungnya menjadi lebai,
Di mana kenduri dijemput orang.

Sejak pepuyu jadi kerana,
Limbat pun banyak jadi pesuruh,
Sejak penghulu jadi berjudi,
Umat pun banyak jadi bergaduh.

Anak kucing main kotak,
Kotak diletak ditepi taman,
Gasing kayu permainan budak,
Warisan melayu zaman berzaman.

Duduk di bawah pokok cempedak,
Sambil menghalau anak kera,
Biji guli permaian budak,
Sambil membaca belajar mengira

PENGUCAPAN PANTUN SELEPAS PERKAHWINAN




Enak bau buah durian,
Puas hati makan sebiji,
Sudah lama tiada berteman,
Kini kanda bahagia sekali.

Wajah dinda putih suci,
Seputih hati kita berdua,
Jika diikut hati murni,
Biarlah mati bersama-sama.

Manja membelai tubuh lemah,
Santai bersandar berdua-duan,
Andai terkena racun gelisah,
Buah penawar sedia hapuskan.

Berat sama dijunjung,
Ringan sama dijinjing,
Sedih sama ditanggung,
Hati sama mengiring.


Diwaktu soreh langok menunggu,
Teman berjanji masih dinanti,
Sudah lama abang menunggu,
Akhirnya dapat abang miliki.

Manis sifat si anak gadis,
Hati besi pun pasti lembut,
Ternyata ini jodoh tertulis,
Tidak terungkap kanda bersyukur.


PENGUCAPAN PANTUN PERCINTAAN DAN PERKAHWINAN





Cuba-cuba bertanam mumbang,
Moga-moga tumbuh kelapa,
Cuba-cuba bertanam sayang,
Moga-moga menjadi cinta.

Pakai cincin dijari manis,
Bawa saksi manga dua,
Abang pimpin jangan menangis,
Sudah jodoh kita berdua.

Kain batik kepala dua,
Pakai mari sebelah kiri,
Sudah suka kita berdua,
Orang lain jangan peduli.

Sutera puji tepi berliku,
Kain dibuat pakaian baju,
Kekasih pergi pulangnya tentu,
Akan terubat segala rindu.

Dua pengantin muda remaja,
Duduk bersanding seperti raja,
Mengerlip intim dalam cahaya,
Bagailah pinang dibelah dua.



Lepas berarak duduk bersanding,
Ditabur si beras kuning,
Sanak saudara ramai keliling,
Tersenyum manis sambil menjeling.

PENGUCAPAN PANTUN PEMINANGAN




Pucuk pauh ditepi permatang,
Buah berangan rasanya lazat,
Dari jauh kami datang,
Datang dengan seribu hajat.

Kalau padi kata padi,
Tidak kami ternanti nanti,
Kalau sudi kata sudi,
Tidaklah kami ternanti-nanti.

Katang-katang berisi manik,
Manik berisi hampas padi,
Encik-encik datang silalah naik,
Inilah air pembasuh kaki.

Dari pauh ke permatang,
Tetak tengar papan kemudi,
Dari jauh kami datang,
Mendengar tuan yang baik hati.

Tatang puan tatang cerana,
Tatang biduk Seri Rama,
Datang tuan datanglah nyawa,
Jemputlah duduk bersama-sama.


Pengucapan pantun awal pertemuan




Disunting tetamu ke dalam saku,
Dipungut merata didalam taman,
Masihkah hatimu teringat padauk,
Setulus cinta diawal pertemuan,

Tujuh hari dalam hutan,
Air tak minum,nasi tak makan,
Sehari tidak pandang tuan,
Rasanya susut tubuh badan.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama adik sorang.

Bunga melur di atas titi,
Mari dibungkus di dalam kertas,
Dalam telur lagi dinanti,
Inikan pula sudah menetas.

Lama sudah tidak keladang,
Padi sudah dililit kangkong,
Selama tuan tidak kupandang,
Putus hati pengarang jantung.


PENGUCAPAN PANTUN MASALAH BUANG ANAK


  
Akhbar harian membawa berita,
Berita tentang isu semasa,
Cinta remaja hanyalah dusta,
Sekadar nafsu penambah dosa.

Bagai dilanda ombak dan badai,
Begitu perasaan hampa kecewa,
Kerana sayang maruah tergadai,
Bukti cinta pengikat jiwa.

Ditangkap polis tangan digari,
Dibawa ke balai bicara disana,
Apabila hamil kekasih pon lari,
Janji-janji manis entah kemana.

Duduk sendiri diteman kenangan,
Mengenang silap diri kecundang,
Meruntun sedih bertanya alasan,
Sanggup lahir kemudian dibuang,

Anak hindu memakai gelang,
Gelang dipakai diwaktu pagi,
Naluri keibuan kian menghilang,
Perasaan bersalah tiada lagi.

Bimbangkan anak hidup disekat,
Dibenar hanya pergi ke sekolah,
Bimbangkan pandangan serong masyarakat,
Bayi dibuang penyelesai masalah

Mak minah beranak lima,
Pak Hamid bergembira sakan,
Pelbagai pihak harus bekerjasama
Bayi tak berdosa dapat diselamatkan

Pak abu memakai butang suasa,
Mak minah memandang geleng kepala,
Aktiviti seks bebas semakin berleluasa,
Penggunaan kondom menambah segala



PENGUCAPAN PANTUN KASIH SAYANG IBU BAPA




Petik sayur si daun bidara,
Makan bersama daun pegaga,
Kasih ayah membawa bahagia,
Kasih ibu membawa ke syurga.

Kuih donat enak rasanya,
Banyak dijual dipasar malam,
Bila anak kurang selera,
Ibu berjaga siang dan malam.


Pergi ke kebun memetik bali,
Bali dipetik cari yang matang,
Pengorbanan ayah besar sekali,
Jasa dibalas budi dikenang.


Kelapa tertiarap hala kedepan
Sabut perlu tidak kecukupan;
Bapa bersiap segala kelengkapan,
 Menyambut kelahiran anak harapan.

Bapa prihatin banyak memberi,
Menjaga memelihara tanpa sengketa;
Berjaya memimpin anak dan isteri,
Keluarga bahagia membawa ke syurga.

Indah sungguh gunung tahan,
Jika didaki sangat letihnya;
Lapar dahaga rela berpayahan,
Kasih ayah tiada hujungnya.

Bunga Kemboja si bunga raya,
Lembut umpama sutera seribu;
Sayangnya seluas alam maya,
Itulah dia kasih ibu.

Mari memasak di atas tungku,
Tungku terletak diluar laman;
Lembut belaian tangannya menyisir rambutku,
Belaian ibu sepanjang zaman.
Penat sungguh ke lading anggur,
Ladang terletak di seberang titi;
Ayah menasihati ibu menegur,
Itulah tanda kasih sejati.

Serai ditanam dimakan lembu,
Si ibu marah si anak ketawa;
Sayang ayah kepada ibu,
Sayang ibu kepada semua.

Belanja bebas gaya terkini,
Diberi sara seberapa juga;
Bekerja keras tiada henti,
Demi keluarga si bapa rela.

TEROMBA:PENGUCAPAN PANTUN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU


Koleksi pantun dalam buku yang dikarya oleh Prof Madya Dato’Paduka Dr Mohd Rosli Bin Saludin yang berjudul “Penggunaan Teromba Dalam Seni Pengucapan Melayu”


Kapal berlayar dalam semak,
Perut lapar semua lemak.
Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak

Hari malam gelap gelita,
Psang lilin jalan ketaman,
Sopan santun budaya kita,
Jadi kebanggaan zaman-berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat kancil bandan berjalur,
Biar carik baju dibadan,
Asalkan hati bersih dan jujur

Ramai orang menggaali perigi,
Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari ttak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat.

Tuan haji memakai jubah,
Singgah sembahyang ditepi Lorong,
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki sengenggam jadi sekarung

Ambil cincin sarung dijari,
Dipakai oleh anak petani,
Girang rasa dihati kami,
Bertemu dato yang baik budi

Pecah mangkuk cawan berderai
Macam mana mengisi air minuman
Nasihat Dato kami pakai
Terus terpahat zaman berzaman

Rebus laksa lalu disejat,
Jangan terkurang letak kuahnya,
Kami datang membawa hajat,
Hajat orang kami menyampainya.

Ditengah rimba sinngah raja,
Berasa gusar membina kota,
Bukan hamba datang sahaja,
Niat besar tidak terkata.